20180612
Spare me Your love
Hapus kiranya mendorong ke silamnya aku.
Bila yang satu bukan abadi, perlukah menggenggam sekuat hati?
20180415
Hey Kamu,
20180204
20171230
Hey you,
20161227
Yong
Yang dari dulu aku ratap tatang,
Secebis doa aku selitkan di sini,
Untuk seseorang yang digelar 'my person'.
Kerna ini adalah wasiatku,
Yang penuh tawa tangis,
Segenggam harapan aku titipkan,
Untuk detik aku diraih 'your person'.
Sedikit lagi manjaMu Tuhan
Untuk segala sesuatu yang terus menimpa,
Dan atas tiap perkara yang menyesakkan,
Berikan aku sedikit kekuatanMu.
Aku hanya pengemis,
Yang tidak malu menagih dariMu.
Yang hanya perlu sedikit manjaMu.
Tuhan,
Celikkan aku atas cacat cela,
Setiap calar yang menempias ke mereka lain,
Agar aku sedar diri yang khilaf.
Aku hanya jiwa hina,
Yang terus meminta dariMu,
Sepalit kasihan untuk terus hidup.
20160812
Kabur
Merangkak ke sini pada saat luka.
Maafkan aku,
Hanya menjengah tatkala pilu.
Biar apa yang perit disimpan di sini.
Tersemat erat untuk aku imbas.
Atas setiap satu dari kisah sadisku.
Sedikit pengharapan,
setelah terbenam luruh.
Hanya menanam ku lebih jauh,
ke dasar dalam.
Oh Tuhan.
Setiap tinta yang kering,
Dan pena yang Engkau angkat.
Tunjukkan aku magisnya.
Oh Tuhan.
Setiap apa yang tersirat,
Bawakan ia terbang ke atas.
Menjengah dan merayu padaMu.
Karena aku disini,
Tidak pantas melutut pinta,
Tapi belum malu untuk berhenti.
Oh Tuhan.
Helaian yang tidak bisa terpadam,
Maupun jilid yang akan terus tertulis.
Khabarkan aku sihirnya.
Oh Tuhan.
Sedikit pengharapan,
seteleh terbenam luruh.
Hanya menanam ku lebih jauh,
ke dasar dalam--
20160512
Layaknya di syurga
Si penampung rahsia semua rasa ku.
Masih tidak henti-henti--
Korbannya si pengorban setia.
Yang terus mengajarkan aku magis yang sama.
Aku panjatkan ke Yang Rahim,
agar setiap darinya terselit sebuah pahala,
dan secebis dari dirinya tertulis beribu ganjaran.
Kerna si pintu syurgaku itu,
layaknya memang di syurga.
…
…
Selamat Hari Jadi yang ke-52 Ma.
Adik sayang Ma. :')
20160321
Aku penat tampak kuat
20160309
Setitis ketenangan
Sungguh.
Setitis ketenangan pada hati yang bercelaru.
Dan aku cuma perlu masa.
Untuk tatap ratap semuanya.
Sehingga hati ini bilang--
"Ya masa untuk kisah ini pergi".
20160308
Minta manja Kamu
Masih terasa segar pada hari hari aku.
Sedikit lagi manja dari Kamu, Tuhan.
Hulurkan sedikit saja lagi.
Allahu.
Jangan biar aku
Sentiasa diselimut sedih
Dibaluti perih.
Hilangkan semua,
dengan sedikit manja dariMu.
20160219
Delusi
20151129
Hulurkan sedikit manja Mu
Tuhan,
Aku mahu beritahu Kau sesuatu,
Walau Kau memang maha segala tahu.
Cuma, biar--
Aku ingin minta sedikit manja dari Mu
Tuhan,
Apakah masih tersisa setiap dari rasa?
Yang tidur aku bermimpikan fantasi.
Bangun aku diundang rasa sepi.
Tuhan,
Bait bait dulu masih segar menyentap,
Meragut aku ke dasar dalam.
Dan kini--
Masih berani muncul dalam litup mata ku.
Kambuh sesering mana pun ia,
Hilangkan sedan dari setiap rasa.
Hapuskan perih pada setiap luka.
Tuhan,
Aku minta sedikit manja Mu.
Untuk hilang suka sedan,
Pada fantasi satu ini.
Yang sepertinya terus merobek luka jahitku,
Sampai terasa ngilu ke tulang belulangku.
20151101
Mimpi
Untuk suara suara hati di luar.
Yang masih berasa gusar.
Hilang hilangkan rasa itu.
Kita masuk fasa baru.
Akan terus mewujudkan mimpi.
Walau banyak yang sudah mati.
Lebihkan timbulnya realiti.
Sedang fantasi disimpan tepi.
Hidup ini mewujudkan mimpi.
Bukan sekadar bermimpi-mimpi.
Mimpi semata buat kau terus jatuh.
Realisasi ia bikin kau utuh.
Walau tersungkur beribu kali atas luka yang terus kambuh.
20151004
Motip apa haaa kau?
Aku hanya perlu sabar.
Dalam setiap kegilaan hidup ini.
Tiap dari kisah yang muncul.
Yang buat aku terus tersungkur.
20150916
Dan aku hanyalah, suatu yang pernah.
Bila semuanya terurai.
Dan aku berkecai.
Yang tiba tertimpa,
Segala jenis 'kalau lah'.
Kalau lah itu,
Kalau lah ini.
Katanya,
Kekecewaan adalah tanda kau tidak mahu diatur Tuhan.
Tapi, sayang.
Aku masih disini.
Belum sedia untuk melepaskan,
Atau dilepaskan.
Biar lah.
Biar luka makin membesar,
Parut makin melebar.
Dan biar masa berjalan,
Membawa aku bersama,
Menghilang segala rasa.
Atau biar aku disini,
Terus melukut mengimbau,
Menyimpan segala rasa.
20150903
Masochism
Ditiup aku tergetar
Seakan muncul setitis air
Di kemarau yang kontang.
Dengar ini!
Kamu itu bisa
Seperti ular mematuk
Dan aku terusan menghisap keluar
Langsung dipatuk bertubi lagi
Dan masih bebal menghisap terus.
Jadi!
Jangan pernah--
Sampaikan ke aku
Setipis benang halus
Untuk aku bergantung taut.
Karena aku ini
Senang merasa enak
Mudah terus menipu diri.
Jangan pernah--
Sebarkan ke aku
Walau satu semprut parfum kamu
Yang bakal buat aku gigil kaku.
Karena aku ini
Senang merasa bodoh
Dalam setiap langkah silam.
So please,
Whatever you're thinking--
Just stop.
20150822
Api dan tanah
Sungguh,
Lemah benar aku ini.
Dijentik sedikit langsung jatuh.
Diajak acah langsung terjerat.
Terperangkap.
Lemas dalam permainannya.
Entah sampai bila.
Masih mahu rayu ampun.
Kemudian terjunam lagi.
Terperosok.
Terhumban pada lembah sama.
Sungguh,
Lemah benar aku ini.
Terus memujuk rayu.
Sambil termakan hasutan.
20150725
Ekspek-pasti
Mencari kemungkinan dalam kepastian,
Seakan tak akur pada papan yang terukir.
Membelek itu ini untuk kebarangkalian,
Bagai lupa ada yang punya kuasaNya.
Tak perlu meniti tiap bulan,
Seperti menghitung untungnya orang.
Disana gelung sudah sebati pada darah daging,
Dan disini masih belum tercantum pateri,
Tapi masih merayu segala ekspektasi.
Ha ha ha.
Sadis.
20150413
Jatuh.
Aku terasa paling kalah sekarang.
Paling bawah.
Kalah dengan diri sendiri.
Kalah dengan perasaan hati.
Kalah dengan mainan syaitan.
Kalah segala semuanya.
Kasta terendah
Dalam fasa hidup ini.
Bodoh sungguh rasa.
Membiar layan semua ini.
Merai luka dalam.
Merenung perit sedih.
Melayan semua
Seperti tak bertarbiyyah.
Merintih segala
Seperti tak punya Tuhan.
Ampunkan aku.
Tuhan sentiasa ada.
Cuma aku yang terus lupa.
20150410
Dan bukan punya aku. Rupanya.
Aku tanda hitam pada kalendar.
Tarikh ini.
Detik ini.
The truth is revealed.
Selamat tinggal angan-angan.
Yang sekarang sudah basi.
Walaupun selama mana aku meratapi.
20150401
Aku duluan ya,
Perempuan Sore bilang,
Maret ini bulan kehilangan.
Suka menjadi sedan.
Moga,
April menjadi bulan kebangkitan.
Kalo aku dalam keberuntungan.
Akan aku lepas Maret 2015,
Di lembar ini.
Menjadi sebagian memori hitam.
Yang satu waktu nanti,
Saat aku membelek terus.
Ketemu coretan ini.
Tiada sedu hanya syukur.
20150322
RIP
Sudah!
Lakarkan sahaja tarikh keramat.
Jangan disimpan simpan batu nisan.
Tanam.
Sampai timbus.
Rasa nanti akan kambuh.
Sudah!
Masa berdetik pantas.
Buang masa mengadu luka.
Lama lama hilang juga.
Biar basah dalam luka
Si perempuan besi.
Ku fikir tiada reti
Dalam meluah rasa diri.
Katanya,
Biar bantal dan cadar
Merasa lencun.
Biar malam dan sunyi
Meneman luka.
Namun--
Tercurah habis di ramai orang.
Remuk kembali detik yang salah.
Si perempuan besi.
Dia tersering silap dalam mengisi.
Ruang suci yang satu ini.
Biar--
Biarkan dia, si perempuan besi.
Luka remuk dalam dalam.
Parut tetas luas luas.
Biarkan dia.
Biar faham.
Erti hidup.
20150321
20150311
20150302
Biar jauh
Hari ini
Aku belajar lagi
Tentang hakikat suatu itu.
Biarkan sahaja
Tersimpan rekat
Pada buku Ilahi.
Segala apa yang disini
Atau yang terimbas dari kisah lampau
Biar masa yang membawanya pergi.
Jauh--
Jauh dari khabar mulutnya orang.
Jauh lagi dari ingat dan rasa.
Sepertinya ada yang terjentik
Tergores pada parut lama
Tertoreh pada luka bisa.
Biar dalam lewat masa
Aku pegang erat hakikat satu ini
Tidak dibiar meregut rasa lagi.
Hari akan silih berganti hari
Bawakan bersama apa terpatri
Jangan tertinggal walau sebutir.
Silakan--
Bawanya jauh.
20150301
I need escapism
Sehingga kini.
Aku masih rindu--
Sunyi belakang bangunan sepi.
Bau tanah rumput lopong.
Kasar dinding berkertas emosi.
Dan redup senja menunggu gelap.
Bawakan aku,
Ke sana.
Walau dalam mimpi,
Tidak pada realiti.
Sampai kini.
Aku masih kangen--
Sepi belakang bangunan sunyi.
Rumput lopong berbau tanah.
Kertas emosi di dinding kasar.
Dan gelap tiba menutup senja.
Hantarkan aku.
Ke suatu tempat.
Sepi dari jiwa jiwa.
Kecuali punya aku.
Kerana sepertinya,
Semuanya terlalu berat.
Untuk aku tanggung pikul,
Bersama bingit dunia kini.
20150228
Drama lah sikit.
Since 2011--
Do rest in peace.
Because i'll be left merana in jakarta, anyway.
HA HA HA
20150219
Mata hati aku tak cukup kuat untuk melihat.
Semalam aku berbicara tentang syukur.
Pagi,
Aku diuji langsung.
Dengan kepala yang sakit,
Seperti kau mau hentak ke dinding.
Dan pandangan kabur,
Samar dekat dan jauh.
Harini,
Dia ajarin aku lagi.
Tentang sebuah kesyukuran.
Mata yang aku sia sia selalu,
Tolong jangan diambil lagi.
Biar aku bisa lihat,
Lebih lama, lebih masa.
Dan hanya terpadam.
Hanya jika nyawa aku ditarik.
Allahu Allah.
20150218
Suka tak terkalahkan duka
Khabarkan aku,
Satu kisah sedih.
Dan takkan terusik hati ini.
Kerna, hari ini terlalu gembira untuk aku.
Terlalu banyak untuk bersyukur.
Dan takkan tergoyah,
Dengan satu kisah sedih.
20150120
20150101
Pertama dari TigaEnamLima
Selamat duaribulimabelas.
Aku mahu bebas.
Bebas jiwa dari penjara tubuh.
Biar bila tiba waktunya,
Bukan disentap kuat pengakhirannya,
Tapi dicabut lembut akhirku.
20141215
Hidup semata berkorban
20141205
Penuh rasa tersemat
Harini aku cuba lepaskan,
Atas apa yang tersemat.
Dengan teriakan.
Teriakan di rumah.
Lalu aku diam sepi.
Risau kalau bapak sebelah datang,
Fikir ada kecemasan.
Aku mau berteriak!
Biar lepas semua rasa.
Di suatu tempat tinggi.
Tapi bila fikir kembali
Selain meratap ke Dia
Pada sujud bongkok ku.
Aku masih mahu
Bertemu si dia sepinggul jauh.
Si tersangat asing.
Biar selesai aku luah.
Dia berlalu.
Aku berlalu.
Dan takkan pernah ketemu lagi.
Agar tak pernah terdetik kesal
Dalam menjilidkan terang-terangan
Tentang kisah satu ini.
20141203
20141122
Terlalu sering
Akan baiknya orang pada kita.
Dan diri kita ini,
Sepalit baik pun kadang tak terpamer.
20141028
Minda bawa lari waktu tidur aku
Penat.
Bila tiap malam,
Kau kena layan eskapisme dalam minda kau.
Satu dua jam waktu tidur tergadai,
Dek minda sibuk mencari ruang lari.
Lari dari keinginan diri,
Yang kau tau takkan henti.
Kasi aku rehat sikit.
Sudah sudahlah memberontak lagi.
20141015
Bertapak setapak
Cita yang seorang itu tercapai!
Tunggu, belum lagi.
Masih ada ranjau.
Tapi hampir.
Sejengkal lagi.
Sekurangnya,
Dia masih di bawah tapak.
Walau jasad maju setapak.
Tahniah.
*kesat air mata*
20141014
Di bawah tapak
Dua pilihan, sebenarnya.
Atau bagi kita,
Cuma ada satu.
Kerna tekadnya,
Pada yang itu.
Satu yang diluput langsung.
Satu yang diramas pegang.
Tapi,
Satu yang utama,
Adalah yang bukan pilihan.
Bukan pada rentak hati lagi.
Tidak pada jalan susur pasti.
Sang manusia,
Ingat wahai jasad.
Kita ini,
Jiwa yang pelupa--
Lupa pada yang utama.
Leka pada yang mahunya.
Langsung bengang pada luputnya cita.
Ingat wahai jasad.
Sang yang lebih utama dari kita yang kerdil di bawah tapak.
Dan aku tahu kawan,
Kau sudah punya jawapan,
Yang dinafikan perasaan.
20140922
20140812
20140810
Kita fikir, atau kita pura.
Kita punya banyak masa.
Masa masa senggang--
Kenapa masih renggang?
Sebab kita pura pura tiada masa.
Si asing sepinggul jauh
Aku selalu terbayang,
Duduk sepi di suatu tempat.
Dan membiarkan semuanya bermain di fikiran.
Biar semua jenis perkara terapung,
Meloncat-loncat mahu diberi perhatian.
Tunggu--
Itu bukan bayangan.
Itu memang selalu aku lakukan.
Cuma,
Apa yang aku selalu terbayang--
Sedang enak dihanyut fikiran,
Muncul seseorang.
Seseorang yang hanya perlu duduk senyap,
Dengan jarak sepinggul jauh.
Seseorang yang tak pernah bertemu wajah,
Dengan telinga mahu mendengar.
Diam.
Biar sepi.
Biar aku sahaja bersuara.
Atas apa yang aku pendam rasa.
Segala isi fikiran akan terjuah keluar.
Bagai simbahan air yang tak putus-putus.
Biar puas.
Biar lemas,
Dek kata-kata yang selalu tertimbus di minda.
Kadangnya,
Aku perlu seseorang yang tak dikenali.
Untuk tahu apa yang aku rasa.
Sebab orang yang konon mengenali,
Sibuk mengorek tanpa merasa.
20140805
Kaca
Pada satu saat dan ketika,
Engkau hanya perlu satu suara,
Yang bilang--
"Mana pergi perempuan besi yang aku kenal."
Topeng
Hidup penuh dengan pura-pura.
Aku penat.
Tinggal satu detik saja.
Untuk semua lenyap dari mata aku.
Kecuali,
Yang ini.
Akan aku simpan erat.
Melakar setiap jilid hidup ini.
Biar aku sedar, siapa aku.
Dunia palsu.
Selamat tinggal.
(Eh aku pun lupa buka topeng)
20140730
20140712
Hero sendiri
Dia hanyut lagi.
Biarkan dia.
Terdampar di sudut sana.
Katanya,
Dia ada untuk mereka saat gundah.
Saat tiada yang mahu memimpin.
Dia menuntun hanya karena,
Dia sering merasa kesepian.
Katanya,
Kesepian yang dirasa.
Tak enak dikongsi gaul.
Enggan dilanjut rasa pada mereka.
Biar mereka tahu ada peneman.
Hari ini,
Dia hanyut lagi.
Membawa rasa bila dibiar mereka.
Saat mereka hilang sepinya.
Sadisnya dia--
Hanya karena pernah merasa,
Tak mahu berkongsi luka.
Walau dia--
Perlu teman untuk mengadu duka.
Atas segala yang tertimpa.
20140711
Semua tentang Kau.
20140613
.
Bisik pada diri,
"Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah."
3 kali nasihat diri,
Harap masuk hati.
HAHA, kau cakap apa tadi?
20140601
Sebar debu
Menyebar kata,
Menyentap rasa.
Ya, memang kerja aku.
Sejak aku mula pegang pen,
Membawa kertas menyusuri kata.
Tapi.
Kadangnya aku takut.
Atas apa yang tertulis, tersebar.
Tak bergerak seiring dengan langkah aku.
Takut.
Hanya pandai berkata.
Suka menyentap sana sini.
Tapi debu je yang terkumpul.
Konon mengajak,
Diri tak membuat.
Konon membimbing,
Diri tak mengamal.
Malam ini malam aku.
Untuk refleksi diri atas kesemuanya.
Takut mengaku kata itu kata aku.
Nanti disoal mana catatannya.
Mulalah diam.
Lidah terkelu.
20140531
Kronik
Bila hidup dah macamni,
Kadang kadang aku pun dah tak kenal dah siapa aku.
Biarkan.
Biarkan aja.
20140517
Nadi
Untuk suatu itu,
Jangan biar aku ternoda begitu.
Biar semua kukuh,
Teguh.
Dan,
Langsung datangkan ke aku.
Agar saat itu aku tahu,
Suatu itu dari Kamu.
20140417
Pernah bangun pagi dan rasa terpenjara?
Terpenjara dalam keinginan sendiri.
Kita mulai bongkak.
Sombong dengan apa ada.
Sampai kita lupa siapa pembebas kita.
Kita rayu sedih,
Bersujud janji takkan terhanyut.
Sampai kita lupa batas mampu kita.
Sampai kita lihat pada orang,
Semua kita teringin.
Semua rasa nikmat dia lebih dari kita.
Sampai kita lupa,
Kita juga punya rezeki tersendiri,
Tercatat sempurna di sana.
Dan kita juga tak sadar,
Bahwa nikmat mereka, kita,
dari sumber yang sama.
DIA--
Sebaik-baik pemberi rezeki.
20140305
Kelibat dibalik pintu
Rumah usang itu,
Punya cerita sendiri.
Pernah megah berselimut kasih.
Pernah riuh berisi ketawa.
Rumah usang itu.
Berlantai papan cuma,
Beratap tipis nipah.
Tetap kukuh mengisi jasad.
Namun--
Kisah itu,
Kisah dulu.
Yang tinggal sejarah semata.
Bukan kenangan untuk dipuja.
Pada mereka yang sumpah pelupa--
Lupanya mereka,
Kisah seorang itu.
Yang tua dimamah usia.
Yang kedut dituai usaha.
Rumah usang itu--
Tinggalnya cuma,
Seorang penghuni tua.
Menanti kembali,
Si anak durhaka.
Jakarta
180114
1635
Nota kaki : Coretan untuk zine BJIreland tapi terlepas pandang untuk dimuat masuk sekali dengan yang lain. Cukup di sini tempat untuknya.
Tiada sinonim untuknya
Ke mana sahaja,
Dua tapak ini melangkah,
Takkan pernahnya sama.
Di mana sahaja,
Tangan ini memutar tombol,
Takkan pernahnya serupa.
Bila mana sahaja,
Tubuh ini menolak daun pintu,
Takkan pernahnya setara.
Ya.
Jiwa ini sudah tersemat.
Di suatu tempat itu.
Bersama lima jiwa yang lain.
Berkongsi kasih.
Berikat sayang.
Campakkan aku dimana-mana.
Takkan pernahnya sama.
Jakarta
180114
1628
Nota kaki : Coretan untuk zine BJIreland tapi terlepas pandang untuk dimuat masuk sekali dengan yang lain. Cukup di sini tempat untuknya.
20140126
Masih nikmat, bila disini.
Untuk segala apa yang tertimpa.
Bukan terdefinisi dengan kata musibah.
Memang,
Sungguh dunia tercipta begitu.
Bukan tempat sejati kebahagiaan.
Hanya kegembiraan sementara.
Atas segala apa yang terpikul.
Takkan pernah terbeban,
Yang mampu patah riukkan tulang belulang ini.
Sudah dicatit suci,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Semuanya,
Dibawah kerah tenaga kita.
Sungguh.
Pujuk diri.
Untuk segala yang terbeban.
Bukan terdefinisi dengan kata musibah
20140112
Lampau yang melampau
20140106
Sengatan Dia
Pagi-pagi,
Aku dah dapat tamparan hebat.
Yang berbekas dalam.
Menyengat kembali atas apa yang aku tuturkan.
Ya.
Mungkin aku perlu belajar,
Untuk berlapang dada.
Untuk terima apa yang tersedia.
Suatu penyucian hati.
Saksi sejauh mana aku berdiri.
Setegak mana aku percaya.
Dan sebawah mana aku sujud.
Untuk segala apa yang tersedia.
Dari sekecil kuman,
Hingga sebesar sayap malaikat.
Harapnya aku syukur.
Dan tak lupa berlapang dada.
Karena,
Siapa yang lebih arif tentang aku?
Kalau bukan Dia.
20140101
Tarik aku kalau kau masuk syurga dulu,
Aku membawa diri.
Hanyut dengan perasaan ini.
Yang rindu akan suasana itu.
Yang rindu akan manusia itu.
Yang rindu akan gelak tawa itu.
Yang rindu akan kisah kita itu.
Homies.
Aku rindu kalian.
1 : 365
Bakal berlalu seperti tahun-tahun biasa.
Dan aku tak punya apa-apa rasa.
Satu perkara yang penting,
2013 aku berjaya lepasi.
Yang sepertinya terlalu payah.
Sesak dengan liku-likunya.
Yang buat aku jatuh tersungkur.
Parut calar yang berbekas,
Yang tak mungkin akan bisa terpadam.
Namun,
Parut yang terkesan.
Akan terus menjadi guru.
Atas segala apa silap salah.
Yang harap tak akan terulang.
2014,
Jauh lagi perjalanan engkau.
Untuk perantau seperti aku.
Yang merantau di dunia sementara.
20131228
Belum terpilih,
Suatu perkara ini,
Yang asyik bermain di fikiran.
Yang meramah jiwa kosong ku.
"Kenapa Allah tak pilih aku untuk ikut serta mereka?"
Ke sana.
Ke sini.
Jauh merantau.
Meraih rahmat-Mu.
20131226
Coretan Jalanan
Aku di sini.
Kembali mengorak langkah.
Dua tapak ini berbaki di jalanan.
Bersimpang siur menyusuri.
Berbekalkan roh kosong,
Yang mencari sebuah erti kehidupan.
Jangan ditanya aku,
Aku sifar ilmu ini.
Lihat keliling.
Jangan dikesah engkau seorang.
Jangan dipuja ego sendiri.
Perhati yang lain.
Yang paling tak tersangka itulah guru engkau.
Yang dalam lerek mata kau tak terharga.
Erti payah.
Erti syukur.
Erti bangun.
Erti hidup.
Semuanya ada pada mereka
Pada mereka yang engkau pandang remeh.
Pada mereka yang engkau lihat sekali lalu.
Pada mereka yang engkau jeling geli.
Pada mereka yang engkau tenung kotor.
Kembali lihat sekeliling.
Belajar dari yang lain.
1113
Desember ke-22, 2013
Keretapi Gambir-Bandung
20131221
Perlu tunggu di Malaysia?
Suasana itu.
Di suatu markas,
Penuh dengan cahaya.
Bangun tidur aku,
Mengingatkan aku pada-Nya.
Pejam celik aku,
Kedengaran sahutan untuk-Nya.
Aku rindu,
Suasana itu.
Pelukan mesra jasad berroh Islam.
Yang tak pernah segan memberi semangat.
Sungguh,
Aku perlu pelukan semangat.
Tetapi aku ni segan meminta.
Cuma menunggu pemeluk-pemeluk setia.
Sungguh,
Aku rindukan pelukan seorang insan.
Namun entah bila baru bisa aku dapatkan.
Kerna itu aku gantikan dengan makhluk bernama kucing.
20131209
Untuk segala keseronokan dunia yang terkubur,
Punya angan,
Punya impian.
Punya angan yang membuak-buak,
Punya impian yang tidak bisa terhilang.
Kata mereka,
Kita hidup ini dua kali.
Jadi pada aku,
YOLO tak pernah wujud.
Sebab sumpah,
Kehidupan ini ada dua.
You live twice.
Dan kerna itu,
Aku letakkan semuanya untuk nanti.
Simpan kemas untuk kehidupan ke-dua.
Khabar pada aku,
Siapa mahu rugi untuk hidup pertama yang singkat?
Kalau kehidupan yang seterusnya berkekalan, bukan?
20131128
Darah tubuhku
Tahap mana pun,
Rasa apa sekalipun.
Mungkin terkocak.
Mungkin juga terpecik.
Namun, takkan pernah putus.
Aku sumbangkan rasa kasihan,
Buat si pertama dalam enam.
Tangisan dalam engkau.
Turut aku terasa.
Sungguh,
Dunia begini.
Kadangkala di atas.
Kadangkala di bawah.
Cuma,
Jangan sampai.
Kita terus di bawah itu.
Pada kehidupan kedua.
--Pelukan rindu dan tangisan kasihan buat si pertama
20131106
Tangisan terharu
Allahu Allah.
Apa yang Kau cuba tunjuk kat aku?
Aku harap benar.
Dan bukan khayalan semata.
Alhamdulillah.
:')
20131030
Pendosa yang tersedar
Untuk semua pendosa.
Jangan pernah jatuh,
Kalah dengan mulutnya orang.
Memang,
Sungguh kita pendosa.
Siapa tahu,
dosa kita terhapus sudah?
Yang siang kita dosa,
Yang malam kita taubat.
Siapa tahu?
Yang kita kesal lagi sesal.
Sesak dengan rasa bersalah.
Siapa tahu?
Bukan untuk menghalalkan dosa,
Tidak juga untuk tunjuk suci.
Cuma,
Mulut mana yang kesah akan kita.
Yang nampak cuma salahnya kita.
Memang,
Sungguh kita pendosa.
Tapi pendosa ini sudah tersedar.
Dan cukup hanya Dia tahu.
Takat mana sukatan kita.
20131020
Hentak hentak berbunyi.
Akan jadi yang terakhir untuk aku.
Kisah ini.
Takkan ada pengulangan.
Kerna rasanya kurang enak.
Seperti ada yang salah.
Cuma tak tertafsir di mana-mana.
Mula pada tahun ke-6,
Akhir pada tahun ke-20.
Tamat.
20131014
Tayangan Basi
Aku gelak besar lagi.
Masih dalam fantasi itu?
Yang sudah reput dimakan usang.
Yang sudah hanyut dibawa banjir.
Tak tahu bila aku boleh berhenti ketawa?
Tertawa melihat adegan itu.
Yang sepertinya dicuba kembalikan masa lalu.
Tiga tahu sudah berlalu,
Masing-masing ada rencana sendiri.
Jangan dibuat-buat bebal.
Takut peristiwa berulang kembali.
Dan kerna jika benar berlaku,
Aku bukan lagi beraksi di drama itu.
Cuma si penonton yang menggeleng kepala,
Menunggu tayangan basi itu tamat.
20131011
--
Apa yang terbuku pendam.
Cuma,
Siapa mahu baca?
Siapa mahu dengar?
Siapa?
Aku tiada untuk itu.
20131005
Dengarkan rintihan dunia
20131003
Anak gelandangan di tepi jalan
aku rasa aku ini dalam kasta terendah.
Yang dipandang enteng.
Yang hanya sampah di tepi jalan.
Bila sekilas ini terpamer dalam fikiran aku.
Lantas aku menampar diri sendiri.
Rasa mahu diinjak juga ada.
Hari-hari kau nampak masyarakat gelandangan bermain sampah pun,
kau masih ada perasaan tak puas dengan apa yang kau ada?
Istighfar, Nadiahbs.
Istighfar.
Ada yang kurang
20130922
Jantung besi.
Masih bernyawa.
Alhamdulillah.
Walaupun nafasku tersekat-sekat.
Jangan sampai tiada.
Kerna aku belum sedia.
20130919
Point at heart.
Sebab Allah tau terperincinya atas apa yang ada di dalam ini.
Amin Ya rabbal al Amin.
20130907
Tukar tempat singgah
Sebab di dunia bukan apa yang kita mahukan akan dapat.
Sudah dikatakan hanya tempat persinggahan,
Mana mungkin boleh berlagak seperti tuan, bilanya kita hanya tetamu.
20130823
Don dalam Si Medonna
Bila aku kata aku tak pandai berdiri sudah,
Allah bantu aku sehingga tegak berdiri.
Alhamdulillah.
Walau lain namun tetap ada persamaannya.
20130815
Tak cukup kuat.
7 hari yang lalu.
Aku hilang Jellow.
Yang paling aku sayang.
Genap seminggu.
Aku hilang cita-cita.
Yang paling aku mahu.
20130814
Moga malaikat aminkan sekali.
Bismillahirahmanirrahim.
Ya Allah.
Untuk hari esok,
Aku harap semuanya lancar.
Untuk hari esok,
Aku harap aku terpaling kuat.
Untuk hari esok,
Aku harap aku langsung syukur.
Untuk hari esok,
Aku harap tangisan gembira.
Allahu Allah.
Hanya engkau aku letak harapan dan pergantungan.
Kabulkan doa-doa kami.
Amin Ya Rabbal Al-amin.
20130813
Belum sedia
Ya Allah.
Kuatkan aku,
Untuk kisah Ogos ke-limabelas duaributigabelas.
Untuk segala apa yang tercatit,
Harapnya aku syukur.
20130806
Sejarah hitam
Mimpi ngeri.
Hari ini aku ada konflik dengan realiti dan sejarah.
Sorok dari sejarah.
Lari dari realiti.
Perlu ke dua hari berturut-turut bertembungan dengan kisah sejarah yang berbeza-beza?
Ahhhhh.
Apa aku dah buat dengan hidup lalu aku?
Buat aku nak menangis di situ juga.
20130805
Jangan salah faham pula
Oh ya.
Hahaha.
Tak.
Aku tak bercinta.
Hahaha.
Sebab ramai yang cuba buat spekulasi.
Aku khabarkan awal-awal.
Untuk sejarah jelas dan tersorok
Ceritera padang II.
Boleh tampar aku lagi kalau ada part III.
Tapi sumpah aku tak boleh berhenti bicara tentang ini.
Tidak buat masa sekarang.
Tadahkan sahaja mata untuk mengekor setiap abjad.
Semula.
Ceritera padang II.
Pelik betapa bezanya aku pada sejarah awam dan persendirian.
Perlakuan.
Percakapan.
Perasaan.
Berbeda, sungguh!
Dan tahap peratus beza itu amat tinggi.
Seperti satu dan seratus.
Cantik dan jelik.
Bijak dan jahil.
Okay. Sudah.
Aku tidah mahu terusan senaraikan betapa berbedanya semua itu.
Yang paling seram dan kejam,
Sepertinya aku yang dulu,
aku yang zaman permainan penuh tangisan,
aku yang berselimut bawah kelambu kelicikan.
Aku itu masih merayau-rayau!
Choi !
Astaghfirullah!
Moga Allah melindungi dan memelihara aku dengan sebaik-baik pemeliharaan.
Amin.
Untuk sejarah awam dan persendirian
Ceritera padang.
Nak kata aku buat kerja gila pun ada.
Dua sejarah dalam satu masa.
HAHA.
Tak tau apa aku fikir sebenarnya.
Sama ada aku memang tak kesah.
Atau aku memang ada agenda sendiri.
HIHI.
Biar aku seorang je tau kot.
Sebab ceritera padang semalam tergantung.
Kenapa aku perlu buat pengakhiran di sini kan?
Tak gitu?
Cuma.
Minta tolong tampar diri aku sikit.
Supaya sedar yang semua tu sejarah.
Dan tak terhegeh-hegeh lagi dengan angan-angan aku.
*Ouch! Pelan-pelan sudah!*
Tapi aku pilih sejarah sembunyi itu!
HEHE.
*Ouch! Sudah lah tu!*
20130725
20130724
Aku rindu Shah Alam.
Mahu rangkul suasana itu.
Yang meriah dek sujud rukuk si Muslim.
Sumpah.
Suasana Ramadhan dia lain macam.
Rasa macam pertama kali puasa pun ada.
Sumpah, aku rindu.
20130721
Berapa peratus?
Masa berlalu.
Manusia berubah.
Dan tiba-tiba,
Kawan menjadi kenalan semata.
Orang asing menjadi teman merata.
Sedih pun ada.
Riang pun ada.
Memang begitu.
Lumrah dunia.
Sebab dunia tidak pernah menawarkan 100% kebahagiaan.
Dan aku, kadangkala jahil untuk perasan semua itu.
20130706
Jangan sebut tentang sejarah. Aku segan sangat.
Kadang-kadang aku sengaja buat lupa aku yang dulu.
Konon tak pernah perasan wujudnya Nadiahbs yang lama.
Bukan apa,
bukan lupa asal usul.
Cuma malu.
Malu, segan.
Akan pekatnya kotoran aku yang dulu.
Jijik. Sungguh.
Alhamdulillah.
Dah pudar sikit kotorannya.
Dicuci, diluntur.
Cuma,
Mana boleh putih suci macam itu je kan?
20130703
20130701
Luar garisan norma
Pelik.
Ya, aku memang luar alam sikit.
Kadang-kadang.
Kadang-kadang jelah.
Kot?
Aku ingat aku dah lebih bersikap norma.
Tapi mungkin norma aku,
Masih pelik dalam kanta masyarakat.
Kesah apa.
Aku gembira, cukup.
:)
20130627
Dua Tahun.
Dua tahun sahaja.
Tapi yang aku jumpa, rapat.
Mengalahkan sedekad.
Roommie.
12M8 People.
HACCers.
Gerabak D&T.
Super Ukhtis.
Budak Study Room.
Geng Tingkat 3 Library.
Manipali.
Adik Cantik.
Basketballers.
So much for 'I dont want to be close to anyone', NadiahBS.
Ahhhh!
Pisah lagi!
Selamat Tinggal Shah Alam.
Seberapa banyak lambaian pun yang pernah aku terima, dapat.
Takkan pernah pandai aku terima dengan baik.
Cause I don't see any good in every bye.
20130625
20130613
20130607
Kelima yang risau.
Kasihan.
Kedua dalam enam.
Memikul bebanan pertama.
Pertama,
Tolong rubah diri.
Sampai bila mahu begini?
Sampai bila?!
Tolong.
Aku rayu.
Sangat sangat.
20130606
Akal bawah sukat
Aku masih percaya pada itu.
Pada berbedanya kita.
Pada aku satu, kau seratus.
Pada aku cacat, kau sempurna.
Pada aku kotor, kau bersih.
Pada aku jelik, kau cantik.
Pada aku jijik, kau suci.
Pada aku jahil, kau bijak.
Kerna sedalam mana aku fikir,
Sehancur mana otak aku fikir.
Masih tak ternampak persamaannya.
Masih tak terkhabar keserasiannya.
Masih tak teryakin kesinonimannya.
20130531
Dengar-dengarkan suara dunia ;
Terima kasih untuk semua ini.
20130530
Pemberontakan Dalaman.
Makin bertimbun folder draf aku.
Aku perlu eskapisme.
Seperti dulu.
Di belakang blok sunyi.
Menconteng pada dinding.
Di lorong tak berpenghuni.
Berceloteh dengan dinding.
Ya, hanya aku,
Di situ.
Menunggu spektrum warna maghrib.
20130526
Ini bukan 'cheesy', ini bahasa rindu.
Hai kamu.
Si rangka yang aku jumpa di tangga.
Yang aku mula rangkul walau tak kenal.
Mengesat tangisan basah yang jatuh ke pipi.
Mengensotkan bahu untuk sandaran.
Aku rindu kamu.
Mana kita yang sentiasa bercerita?
Berkongsi diari harian?
Hai kamu.
Jom baring atas lantai yang sama.
Merenung siling yang sama.
Berkongsi cerita yang sama.
Tentang kehidupan yang sama.
Dalam dunia yang sama.
Hai Si Budak Tangga.
Hai Si Budak Cengeng.
Hai Zahera Shahera Zahari.
Ada orang rindu kamu.
20130525
Khayalan masa silam.
Satu je masalah aku,
Dari dulu sampailah sekarang.
Aku suka hidup dalam masa silam.
Akan aku tenggelamkan diri dengan kenangan lama.
Memori lama yang aku rangkul erat.
Yang aku sedih akan berubahnya semua.
Hari ini aku lihat pada masa silam lagi.
Betapa aku berubah.
Betapa semua berbeda.
Aku mahu membesar, berkedut, berlopong gigi.
Dengan mereka semua.
Boleh?
Tua dengan perangai gila-gila kami ini.
Tua dengan perasaan remaja kami ini.
Boleh?
FiveForFighting.
Bangsawan.
Shera.
Chenta aku untuk kalian.
Senantiasa.
20130518
Di lorong itu, ada aku.
Hidup.
Dunia.
Bukan senang untuk semua orang.
Bukan boleh dipetik jari dan semua tersedia.
Bukan boleh di-black out dan semua muncul.
Sungguh.
Bukan senang.
Tetapi bukan mustahil.
20130507
A-LEVEL.
Perisai masih terpasang.
Dan pertempuran bermula esok.
Moga Allah bantu.
Moga Allah redha.
Moga Allah berkati.
Moga Allah di sisi.
20130405
20130402
20130331
Tajdid Niat
Menelaah, mencatit.
Bersengkang mata.
Senyum pada jasad-jasad keliling.
Tiga pasang mata yang enak dibuai mimpi.
Aman.
Allahuakbar.
Sepi.
Subhanallah.
Nikmat.
Alhamdulillah.
Biarkan mereka.
Mengisi tenaga untuk ibadah ini.
Dan biarkan aku,
Mengisi masa untuk ibadah ini.
20130317
D U N I A
Yang makin hari makin gila.
Yang makin hari makin pelik.
Yang makin hari makin tenat.
Hari-hari kau buat aku pengsan.
20130119
Jangan kau kata kau faham aku, sedangkan aku sendiri tak pernah faham diri sendiri.
Aku selalu kalah dengan perasaan ni !
Perasaan kosong yang tiba-tiba.
Dari dulu datang menerpa.
Macam angin lalu pun ada.
Hilang.
Kembali.
Dan hilang semula.
Kembali nya yang buat aku jatuh.
Yang rasa rebahnya macam lumpuh satu badan.
Tak bernadi.
Tak berurat.
Ahhhhhhhh.
.
Untuk yang ini.
Aku hanya mampu cakap.
Kosong.
Tak faham dengan diri sendiri.
20130115
Si Anak 7.21 pagi, Januari ke-16 1993.
Dewasa sepertinya tidak pernah ngam dengan aku?
Atau aku terlebih berjiwa remaja?
Haha.
Esok tambah satu kedutan di muka.
Aku tua rangka,
Tapi jiwa masih muda.
20130111
20121222
Pelangi hitam. Awan neon.
Awan,
Tak sangka kau pun pandai menangis.
Mengikut mood kau tersendiri.
Mungkin hari ini menangis,
Kerna sedih ditinggalkan.
Mungkin tiada guruh berdentum,
Kerna bukan dengan nada amarah.
Mungkin tiada kilat menyabung,
Kerna bukan hati kau terhiris laju.
Mungkin tiada bersama salji,
Kerna hati kau suam-suam panas.
Awan.
Menangislah.
Bergembenglah.
Tiada salah untuk beremosi.
Sekali sekala,
Semuanya perlu diekspresikan juga.
Supaya tak pecah perut yang menyimpan.
Tak berdarah beku dipejalkan.
Awan.
Hujanilah.
Aku bersama engkau.
Sentiasa.
Allah.
Mungkin usaha masih tak setimpal dengan apa yang aku hajat.
Atau,
Mungkin apa yang aku hajat akan bawa keburukan pada aku andai Dia berikan.
Atau,
Mungkin dosa aku tak tertanggung sehingga perlu ditukar barter dengan kadar gred peperiksaan.
Mungkin.
Hmm.
Dia je yang sentiasa menahu apa terbaik.
Dia yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.
Aku hanya sekerdilnya.
Yang hanya perlu...
Usaha.
Tawakal.
Redha.
Syukur.
Cuba bisik pada diri, "Jangan jatuh."
20121128
Cebisan hari-hari lama
2 tahun di sekolah yang penuh asramanya.
Dari jauh seperti sekejap.
Dari dekat bagaikan berdekad.
Aku dahulu, yang berbeda.
Yang separuh hari tenggelam bersama teman-teman.
Yang setengah hari lagi mengelamun bersama jasad sendiri.
Aku cinta diri aku yang dulu.
Cinta bukan obses pada diri. Cuma perasaan bangga memiliki.
Cinta macam iman, ye dak?
Ada turun naiknya.
Ada pudar pekatnya.
Ada jelik indahnya.
Cinta?
Geli bunyinya.
Cinta itu buta?
Angguk atau geleng?
Angguk?
Betul ke buta? Atau tuli mahupun bisu?
Geleng?
Dah tu? Celik ke capang ke bingit?
Ini bukan kisah cinta.
Atau sinetron jiwang meleleh.
Cuma aku rindu aku yang dulu yang mana aku cintai sekarang.
Cuma kadangnya, dalam cinta ada perasaan benci.
Dalam benci ada perasaan tawar.
Dalam tawar ada perasaan hiba.
Dalam hiba ada perasaan..?
Ahhh persetankan.
Aku mahu aku yang dulu.
Tapi celupan aku yang kini.
Mungkin akan lebih kacak luar dalam jika benar terjadi.
Atau mungkin hanya mencelakan cermin yang dipandang?
Nadiah?
Oh Nadiah?
Nad?
Nadbs?
Nadiahbs?
Nadiah Baharum Shah?
Atau
hanyalah...
Nadiah?
Yang mana satu kamu pilih?
20121122
Masa hampir tiba.
Takut jika aku goyah.
Takut jika aku berpaling.
Takut jika aku tidak tergolong dalam golongan ghuraba'.
20121116
Janggal
Stranger di tempat sendiri.
Asing.
Teramat asing.
Rupanya,
Berilah 10 tahun, 20 tahun,
mahupun 30 tahun.
Sedar tak sedar,
Percaya ataupun tidak,
Air dicincang, tetap akan putus.
Simpati.
Itu saja yang mampu terungkap.
20120824
Suatu siapa?
20120702
Tergores
20120629
DEAD. kbye.
20120628
.
20120625
Broken. Shattered. Battered. Tattered.
Muka ini akan tetap tersenyum riang pada kau. :)
20120614
20120613
20120612
Dan Kita BUKAN Mereka.
20120608
20120531
Mana hilang istimewa Si Istimewa?
Seperti tiada harga.
Ditinggal aku.
Seperti tiada nyawa.