20140810

Si asing sepinggul jauh

Aku selalu terbayang,
Duduk sepi di suatu tempat.
Dan membiarkan semuanya bermain di fikiran.
Biar semua jenis perkara terapung,
Meloncat-loncat mahu diberi perhatian.

Tunggu--

Itu bukan bayangan.
Itu memang selalu aku lakukan.

Cuma,
Apa yang aku selalu terbayang--

Sedang enak dihanyut fikiran,
Muncul seseorang.
Seseorang yang hanya perlu duduk senyap,
Dengan jarak sepinggul jauh.

Seseorang yang tak pernah bertemu wajah,
Dengan telinga mahu mendengar.

Diam.
Biar sepi.
Biar aku sahaja bersuara.
Atas apa yang aku pendam rasa.
Segala isi fikiran akan terjuah keluar.
Bagai simbahan air yang tak putus-putus.

Biar puas.
Biar lemas,
Dek kata-kata yang selalu tertimbus di minda.

Kadangnya,
Aku perlu seseorang yang tak dikenali.
Untuk tahu apa yang aku rasa.
Sebab orang yang konon mengenali,
Sibuk mengorek tanpa merasa.

No comments:

Post a Comment