20120625

Muka ini akan tetap tersenyum riang pada kau. :)

Jika mulut yang pernah berkata,
Jika muka yang pernah bermimik,
Jika cara yang pernah bertutur,

Disalah erti sebegitu.
Aku rela berdiam membisu.

Tak pernah terlintas, terniat untuk buat begitu.
Memburuk-burukkan, mahupun memandang rendah.

Tapi kalau kau anggap aku, kami, begitu.
Tidak apa-apa.

Sampai sini sahaja kisah aku menjaga dan ambil peduli.
Tiada istilah 'jaga diri' lagi untuk kau.



Sudah diagak dahulu.
Sudah dikhabarkan kepada aku.
Tapi sebab aku anggap kau sahabat,
Anggap kau amanah dan tanggungjawab.
Aku persetankan apa mereka kata.

Aku tak mahu katakan ini.
Tapi BENAR,
MEMANG AKU SILAP.
Aku silap selama ini.


Aku minta maaf.
Dan aku maafkan apa anggapan kau.

Walaupun aku rasa seperti ditampar terajang,
Tidak mengapa.
Aku tak menuding pada mana-mana jasad.
Jari aku ini akan tetap berpihak pada aku.
Sepuluh jari kiri dan kanan tetap tertuding kepada aku.
Mungkin benar apa kau kata tanpa aku sedar.


*tunduk*

*sesal*

*terkesan*


Dulu kita sahabat,
Kini kita kawan.

Nampak sama, tetapi berbeda.

Sebab aku terlalu lali dan sakit,
Bertubi-tubi disalah anggap walau niat aku lain.

4 comments:

  1. Biasa lah. Dealing with people. Manusia kan pelik.

    ReplyDelete
  2. terbaik punya this time. i have had felt it too ;) hehh

    ReplyDelete
  3. Because as time past, more and more people became the person they said they never be.

    ReplyDelete