20130331

Tajdid Niat

Masih di dudukan ini.
Menelaah, mencatit.
Bersengkang mata.

Senyum pada jasad-jasad keliling.
Tiga pasang mata yang enak dibuai mimpi.

Aman.
Allahuakbar.

Sepi.
Subhanallah.

Nikmat.
Alhamdulillah.

Biarkan mereka.
Mengisi tenaga untuk ibadah ini.

Dan biarkan aku,
Mengisi masa untuk ibadah ini.

Sungguh, hanya untuk Dia.
Dengan keringat ini, untuk mohon redha-Nya.
Dengan usaha ini, untuk senjata jalan hakiki-Nya.


Sungguh, hanya untuk Dia.
Aku tak mahu, aku menjadi fitnah atas jalan yang aku pilih ini. 
Aku perlu usaha lebih kerana aku hanya aku.
Yang masih merangkak naik.
Perlahan...
Semput...


Ya Allah, permudahkan.
Ya  Tuhan, redhakan.
Ya Esa, kabulkan.

No comments:

Post a Comment