20130606

Akal bawah sukat

Sungguh.
Aku masih percaya pada itu.
Pada berbedanya kita.

Pada aku satu, kau seratus.
Pada aku cacat, kau sempurna.
Pada aku kotor, kau bersih.
Pada aku jelik, kau cantik.
Pada aku jijik, kau suci.
Pada aku jahil, kau bijak.

Kerna sedalam mana aku fikir,
Sehancur mana otak aku fikir.
Masih tak ternampak persamaannya.
Masih tak terkhabar keserasiannya.
Masih tak teryakin kesinonimannya.



Tapi,
bila fikir balik.
takat mana sahaja level akal aku ini.
Sebenarnya bukan semua boleh dilogikkan.

Termasuklah yang satu ini.


No comments:

Post a Comment