20130531

Dengar-dengarkan suara dunia ;

apa kau tak pernah rasa?

kalau aku adalah tulisan aku, sebuah buku takkan adil mendifinisi aku. aku perlu dijilidkan-kerana hidup aku berlapis2 fasanya. kerana aku manusia. dan aku masih degil untuk tidak belajar darinya. selagi aku belum mati, penjilidan seorang aku tetap berterus tak mau berhenti.

puisi adalah eskapisme aku. dunia di mana aku bisa lari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan semua di dada. frasa2 tergantung menyelamatkan maruah aku dari terus lalai menceritakan semua.

kita semua ada rahsia.
dan puisi adalah peti besi aku.

*diam*

- Fynn Jamal,
Puisi Tepi Jalan









Rasa puasa bila ada yang mengerti.
Rasa tenang bila tau kau tak keseorangan.
Rasa adil bila ada yang berkongsi rasa.

Terima kasih untuk semua ini.


No comments:

Post a Comment