Yang tempuh semua dengan kebal.
Aku cuma si hati lemah,
Yang memakai perisai indah!
Dan bertopengkan si ego pekat--
Ego--
Ha ha.
Ego yang runtuh tatkala sendiri.
Lepas dengan tangisan di kamar kecil,
Mahupun lencun pada alas bantal kekabu.
Sampai bila aku mahu biarkan ego menemani aku?!
Melangkah ke depan konon gah,
Padahal pada hakikat lembik kecut?!
My person.
Aku perlu kau sebagai tulang belakang.
Yang nampak lemahnya aku dan kau pikul.
Yang tau sedihnya aku tanpa aku perlu tunjuk.
Yang aku tak perlu gigih mengekal ego
Dan tak berkerah sok gagah!
Aku sangat perlu kau dalam jalan yang kita pilih ini.
Bukan hanya meniti kehidupan yang riuh ini.
Ingat, tarik aku ke syurga kalau kau masuk dulu.
Atau saat kau nampak aku meniti jalan yang berlawanan.
No comments:
Post a Comment