20140711

Semua tentang Kau.

2012.
Tahun aku kenal kau. 
Selepas 18 tahun kehidupan aku.

18 tahun yang penuh sombong, ego.

Sebab,
Dunia aku,
Cuma ada aku.
Aku kesah apa hal orang.

Sombong aku yang tak pernah tau wujudnya kau.
Tak pernah kesah nama kau disebut-sebut.
Sekelumit di hati tak pernah menghirau.

Februari 2012.
Aku mula kenal kau.
Terkasima dengan kisah kau.

Kagum--

Terasa sia 18 tahun aku.
Terasa dungu melewati riwayat kau.
Terasa kecil  melihat titisan darah kau.
Yang tertitis luka parah lama.

Maaf atas 18 tahun yang sombong.
Akan aku tukar ganti walau takkan terbayar.
Akan aku sisipkan kata untukmu pada Dia.
Dalam setiap rukuk sujudku.

2012.
Yang menyedarkan.
Menikam halus hati aku.
Segan mengenali engkau.
Lebih malu bila tahunya lambat.




Palestin--
Aku beruntung mengenali engkau.



Ingat nama aku, 
Ingat muka aku.

Tarik aku ke syurga, 
Bila dari atas nanti kau lihat, 
Aku sesak meniti jambatan.

Walau aku terlampau kerdil untuk bersama kau disana.

No comments:

Post a Comment