20131005

Dengarkan rintihan dunia

Hai dunia,
Aku ada benda nak cerita kat kau.

Kau tau tak?
Lagi banyak aku jalan atas kau.
Kembara dengan dua tapak kaki ini,
Kau ajar aku banyak sangat benda. 

Alhamdulillah.

Kau tau,
Hari-hari aku tembusi jalan kotor,
Yang di kiri kanannya penuh sampah berbau,
Dan di sebaliknya aku nampak orang.
Yang mengaut sampah sarap,
Mengurai plastik satu persatu,
Untuk mencari sesuatu untuk dijual. 
Diganti duit memenuhi perut yang kosong.

Kau tau,
Hari-hari juga aku tembusi jalan bertar,
Yang di kiri kanannya penuh jasad berduit,
Dan di sebaliknya aku nampak kemewahan.
Yang terlalu senang riang,
Mengira helaian wang satu persatu,
Untuk mencari sesuatu untuk dibeli.
Diganti makanan memenuhi perut yang penuh.

Kau tau,
Berbedanya mereka.
Seperti raja di singgahsana,
Dan pengemis di kaki lima.
Seperti singa kekenyangan,
Dan tikus kesempitan.

Aku tau,
Kau mahu tunjuk aku sesuatu.
Cuma aku pura-pura tak tahu,
Sebab aku mahu kau teruskan wayangmu.

Supaya aku takkan pernah lupa.
Bahawa bersyukur itu, paling perlu.
Bila kau punya semuanya,
Dan juga bila kau tak punya apa-apa.



No comments:

Post a Comment