20120531

Mana hilang istimewa Si Istimewa?

Disorok aku.
Seperti tiada harga.

Ditinggal aku.
Seperti tiada nyawa.

Dibiar-biarkan sahaja.
Tak berdunia.
Tak beralam.

Lupakah kalian semua?
Aku ini ada jiwa.
Aku ini punya hati.
Aku in berperasaan.

Lupa, wahai manusia?

Ya, memang.
Memang aku terlahir begini.
Tidak sesempurna kalian.
Penuh dengan cacat sumbing.

Aku tahu.
Aku sedar.
Aku si manusia istimewa.

Tetapi,
Istimewa kah?
Atau istimewa hanya atas terma?

Mana istimewanya?
Jika aku,
Disorok.
Ditinggal.
Dibiar-biarkan.

Hanya kerna aku istimewa.
Dan engkau sempurna.

Tidak ada,
Sesiapa beri permit untuk bersikap begitu.
Hak untuk berpaling pada yang lemah.


Terilham dari sebahagian kisah-kisah hidup masyarakat. Yang asyik dengan kesempurnaan dan lalai dengan kemanusiaan. Yang cacat, konon kita malu. Konon tak setaraf. Konon tak selesa. Tahukah bahawa "sempurna" kita itu bisa ditarik, dirampas, diragut begitu sahaja? Lupa itu? Mahu terjadi, baru terngadah? Yang selalunya kita dengar-dengari orang istimewa dikurung di bilik supaya tidak mahu jiran tahu wujudnya anak cacat kita. Yang selalunya kita dengar-dengari orang istimewa dihantar ke kampung untuk belaan atuk nenek kerna konon sibuk dengan kerjaya. Konon tak cukup tangan untuk menjaga.


Itulah manusia.
Sudah saban hari aku katakan,
Sudah lali aku hebahkan,
Sudah penat akuk habarkan.
Manusia itu pelupa.
Jiwa yang nyanyuk.
Tak sedar asal usul.
Tak ingat siapa pencipta.



*Panik*

*Sedih*

*Kesal*

No comments:

Post a Comment