20120517

Juri Tidak Berpemain

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Januari lagi

Februari lagi

Mac lagi

April lagi

Mei lagi

Jun lagi

Julai lagi

Ogos lagi

September lagi

Oktober lagi

November lagi

Disember lagi

Januari semula

Februari semula

Mac semula

April semula

Kurang lebih dua tahun.
Dua solid tahun.
Cerita basi itu hilang.
Dari membusuk hingga bersih mewangi.

Kurang lebih 24 bulan.
24 solid bulan.
Cerita hina itu lenyap.
Dari terhina hingga teguh menegak.

Jauh beribu batu.
Aku tarik nafas lega.

Satu saat, ketika kemuncak tensi aku terpancar.
Dia kembali.
Membuak-buakkan lagi air gelegak aku.
Menunggu mata aku untuk terkondensasi.

Cis.
Aku tak boleh kalah.
Dan tak akan mengalah.
Tidak akan jatuh pada sarang yang sama.
Tidak, tidak akan.

Satu saat, ketika aku melutut pada Ya Rabb.
Agar jauhkan aku dengan perkara ini.
Makin mendatang-datang yang datang.
Berduyun-duyun, dari semua sisi.
Makin luruh hati aku yang terketar.

Ada bisikan bersuara,
melaung sayu pada aku.

"Ingat, itu ujian."

Ya, cobaan semata !

Dan untuk semua ini,
Aku hanya perlu tabah.
Diam, dan senyum.

Diam pada pertanyaan.
Senyum pada kuatnya diri.

D I A M .

S E N Y U M .

Mudah? Haha.
Cakap memang semua mudah,
Cakap memang semua boleh,
Tapi aku akan tetap cuba.
Sebab aku superhebat NOKTAH.

2 comments:

  1. Macam biasa, aku tak paham apa. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. Macam biasa, aku tak reti nak explain kat kau macamane. Kahkahkah.

    ReplyDelete