Mereka sedang mencari rezeki.
Siapa tahu hari ini perut mereka masih penuh dengan angin?
Seringgit engkau tu tak terluak pun kalau diberi.
Aku rasa nak bangun dari tempat duduk dan tampar je orang macam kau. Tak mahu dibagi pun tidak mengapa.
Maka, tak perlu lah dikata begitu rupa.
Aku duduk meja di sebelah pun terasa bisanya. Mahu saja aku ludah depan muka kau.
Biar sedar, mereka yang berada di bawah pun ada maruah harganya.
-Mac ke-lapanbelas 2011,
ketika aku sedang berehat di gerai kaki lima.
No comments:
Post a Comment