Manusia berubah. Dan kadang-kadang perubahan mereka itu buat aku merenung semula pada diri aku. Merenung dalam-dalam. Ketika itu, keegoaan aku terpadam sedikit kerana perubahan mereka telah menitiskan mata aku dan membuatkan aku rasa terlalu rendah di sisi Ilahi. Mereka sememangnya berubah ke arah kebaikan dan itu sangat bagus dari segala-galanya. Aku juga, InsyaAllah bakal berupa begitu. Tipulah jika aku katakan tak pernah sedetik pun dalam fikiran aku untuk berketerampilan mulia begitu, namun masanya belum tiba. Suatu hari nanti, aku akan. Mungkin esok, mungkin 10 tahun. Tetapi bila tiba detik itu, aku harapkan semuanya berlaku secara istiqamah dan buat jiwa aku makin tenang dan aman.
No comments:
Post a Comment