20120205

Leper terpenyet.

Untuk aku.
Si paling kasar.
Digesel-gesel pada kertas pasir.
Ditekan-tekan seperti plasticin.
Diketuk-ketuk bagai paku konkrit.

Jangan Jatuh.

Untuk aku.
Si paling jijik.
Apa yang tercalit berpalit pada badan ini.
Cacat sumbing yang terukir melingkari.
Kusut masai yang diejek terus dihinai.

Jangan Tunduk.

Itu senjata.
Weapon untuk zaman zalim ini.
Yang dek dengan otak mutasi sendiri.
Biar biarkan sahaja.
Endah endahkan terusan.
Jeling jelingkan sipi.

Luar cacat,
Dalam sempurna.
Adalah thumbs up.
Yang jarang orang renungkan.

Tegap luar,
Dalam membusuk.
Adalah big fat L.
Yang selalu orang julangkan.

Kan dah dikata mereka semua termutasi.


*diam*


*tenung*


Mari lihat mereka dari jarak jauh.
Mereput dari dasar dalam.
Berkulat dengan teori negativiti.
Biarkan.
Endahkan.
Jelingkan.

Bukan.
Bukan aku penuh dengan selfishness.
Mereka itu yang penuh dengan ego bodoh.

Apa mahu buat?
Manusia tetap manusia.

No comments:

Post a Comment