20120208

Jatuh.

Hari ini aku jatuh.
Sudah berpesan pada diri.
Namun tetap terperosok.

Sakit tahu?
Sakit.

Hari ini aku kalah.
Mungkin kemuncak sudah tiba.
Klimaks pada darah amarah aku.
Tangga tertinggi hormon adrenalin aku.

Kucar kacir.
Semuanya.

Empat titisan air mata aku gugur hari ini.
Merayap turun tanpa henti.
Tak sempat tersejat, terusan menitik.


*malu*


Titisan pertama,
Untuk segala bebanan tanggungjawab.

Titisan kedua,
Untuk kerenah manusia sekeliling.

Titisan ketiga,
Untuk perkara malang berturutan mendatang.

Dan titisan terakhir,
Titisan keempat.
Untuk segala benda yang aku simpan pendam.

Sudah lah,
Aku cuba untuk berdiri semula.
Untuk terus kembali solid.
Tak mahu diajar menangis lagi,
nanti gembeng menjadi-jadi.


*kesat kasar air mata*


Ya Allah.
Tabahkanlah hambamu ini.

1 comment: