20120131

Bogel Menuju Tuhan - Zahiril Adzim

Buku itu,
Yang sudah lama aku idamkan.
Yang kini sudah tersedia menjadi milik sendiri.
Yang aku sisipkan di bawah bantal tempat aku beradu.

Suatu hari itu,
Muka aku yang terkacau dengan senja,
dengan berkeliarannya syaitan-syaitan,
menutup telinga mendengar kemerduan azan.
Terus terserlah kegembiraan.
Satu perasaan yang bagaikan
budak kecil mendapat gula-gula.

Terima kasih, wahai sahabat.
Menceriakan senja aku yang kelam.

Bergegas aku pulang,
berjengket aku riang.

Di tengah jalan yang sunyi malap,
terbelek aku pada helaian muka baru.

Membaca bait pertama,
Terpampang,
"Apa jalan yang kau nak dalam hidup"

Terpaku.
Aku seperti tertampar dengan hebat.
Dengan berbekas lima jari runcing.

Terdiam aku.
Langkah terhenti sesaat.
Lantas menutup kasar buku itu.
Menyisip ditepi lengan,
dan berlari mendaki lima tingkat tangga.

Aku seperti mahu menangis.
Meraung tanpa sebab.

Aku terfikir,
Ribuan kali memikir.
Mencari jawapan,
atas...
"Apa jalan yang aku nak dalam hidup"

Dan masih disini,
membuntu seorang.



Buku itu masih tersisip disitu,
Masih menunggu dibelek-belek enak.
Cuma aku yang lemah penakut ini,
Belum gagah membaca bait keduanya.

3 comments:

  1. cerita dapat buku baru pun siap boleh buat puisi. dahsyat kau ni.

    ReplyDelete
  2. I have it a long time ago, quite nice thou. Fareed Ayam's, and now waiting for Langit Vanilla to reach my door.

    ReplyDelete
  3. sangap : Haha, tak dasyat mana lah. cuma buku ni buat aku fikir jauh-jauh.

    shera : I wanted this book so badly. Nasib baik my friend tahu bookstore yg ada jual this book. Oh, I nak Langit Vanilla jugak ! Yours is the promo one ke yang 2nd edition?

    ReplyDelete