Ya, hanya aku atas nama manusia.
Namun bukan berseorangan.
Ramai.
Bilangan yang takkan mampu kau terbilang.
Hari demi hari.
Bertambah kelibat hampiri aku.
Bertambah cerpen kisah aku.
Bertambah ilmu sosial aku.
Bertambah kerja otak aku.
Ya,
ini yang satunya.
Yang selalu kelirukan aku.
Yang susahkan aku pada masa yang sama.
Kerja otak aku sukar.
Lagi-lagi orang macam aku.
Yang mata senantiasa meliar.
Yang asyik dengan teori sendiri.
Yang belajar dari kelakuan lain.
Cukup bukti,
atas berlakunya silap faham.
Aku senang dibaca,
tapi sukar difahami.
Jadi,
usah ditulis konklusi tentang aku.
Jika tak mahu hilaian ketawa mengikuti jejakmu.
No comments:
Post a Comment