Jarang sekali dua.
Apatah lagi enam.
Masa banyak,
Walau hidup singkat.
Perlu dibazir dengan ini semua ke?
Dengan kutukan sesama sendiri.
Jari yang ada sempurna itu,
bukan dicipta untuk menuding.
Dan aku lahir dalam enam,
bukan untuk menjadi satu.
Aku dicipta dengan dua,
Tak perlu berakhir dengan satu.
Jangan dipecahkan-pecahkan.
Usah dirobek-robekkan.
Apa yang telah tersempurna terhasilnya.
Andaian,
Jika benar robek pecah semua,
Kecaian itu mahu sorok mana?
Kita semua boleh lari.
Namun, kita tak pernah boleh sembunyi.
Bukan dengan diri,
mahupun realiti.
Setiap satu daripada enam,
Terutama si Pertama dan si Kedua.
PERUBAHAN.
Itu kunci bagi semua,
mangga takkan pernah berkarat,
kalau ada si penjaganya.
Dan keenam-enamnya adalah penjaganya.
Penjaga setia atau tidak,
Tanya di situ!
( Dan sekarang aku menuding pada dada setiap kamu, kerana aku berhak. Untuk kebaikan. Bukan untuk aku, tetapi semua untuk setiap enam )
No comments:
Post a Comment