Aku kelihatan cukup teguh,
di mata kalian.
Dibanggai sahabat taulan.
Ya, aku takkan pernah mahu menafikan.
Benar apa yang tersaksi di mata kalian.
Sungguh.
Sungguh aku solid dalam dan luar.
Tiada besi yang saluti rangka aku ini.
Bukan armour yang kuatkan aku.
Cuma rasa lali dan lihat tanpa penghujung,
yang buat aku letak titik noktah pada suatu itu.
Silap aku, bukan titik noktah.
Tapi hanyalah tanda koma.
Yang bermakna bakal ada penyambungnya.
Namun,
Aku tak perlukan suatu itu saat ini.
Kelak mungkin.
Tapi aku tak beri kata janji.
Janji selalu dipermainkan sang manusia.
Dan aku pun selemah-lemah manusia yang wujud.
Akan terdetik ketika itu untuk mencari suatu itu,
bila cukup sifat aku untuk akur segala pantang larangnya.
Suatu itu yang agung.
Suatu itu yang harap sampai ke syurga.
Biarlah semua sedang sibuk mengejarnya.
Aku tetap tidak akan berlari untuk itu.
Suatu itu pasti datang.
Dan saat itu baru aku akan gapainya.
Erat-erat.
senyum untuk suatu itu,
yang mungkin muncul 2 3 tahun lagi,
mungkin 10 tahun lagi,
atau mungkin si bidadari di syurga.
No comments:
Post a Comment