sebenarnya tidak memadai untuk kita.
Mungkin sebab kita bukan 'gifted'.
Atau mungkin juga Allah nak tunggu,
mahu lihat sebesar mana kesabaran dan ketabahan kita,
dan berikan kita sesuatu yang besar dan bermakna.
Sebab itu,
engkau menyesal macam mana pun,
takkan ada gunanya.
Kalau sampai situ sahaja pengembaraan engkau,
dan engkau sudah mula mengelap titik peluh terakhir,
maka mengilailah syaitan dikelilingmu.
Tergolong terus nama engkau di senarai teratas,
orang-orang yang rugi.
Ingat,
perjalanan masih jauh,
kehidupan bukan lurus.
Bengkoknya setiap jalan itu ada manfaatnya.
Peluh setiap titisan itu bukan sia-sia.
Kerutan kepayahan di muka itu ada bagusnya.
Satu cara,
pandang belakang tidak apa,
cuma beri senyuman sinis sahaja.
Dan terus toleh ke hadapan,
dengan senyuman kegigihan.
Kerana satu hari celaka, takkan mencelakakan hari-hari berikutnya jika kita tidak letak titik noktah pada keluhan dan sesalan kita.
Jumaat, November ke-sebelas
21 : 22
No comments:
Post a Comment