20111030

Masih ramai dalaman, walau seorang luaran.


berkali-kali sudah aku baca,
dan berkali-kali juga hati aku sayu.

dia yang aku rapat,
bersama senantiasa.

pagi siang dan senja malam,
Subuh ke Isya' pun bersama.

bait ayat itu ;

cemburu . sekali lagi aku pujuk hati. cemburu lihat mereka, cerita baru, kawan baru, suasana baru, tempat baru. semua hebat hebat belaka. kadang kadang sampai terbisik dihati pinta takkan ada kenangan lagi hebat kalahkan kenangan dulu. berbisa bicara hati aku. tapi, aku sedih takut kamu semua lupa cerite cerite dulu.

ya, memang takkan ada kenangan yang akan kalahkan kenangan dulu.

kadang-kadang aku gembira,
kadang-kadang aku sedih juga,
fikirkan tentang itu.

Aku gembira kerana,
at least kenangan kita semua itu paling bernilai dan berharga sampai aku tak dapat rasakan perkara yang sama di sini, di tempat baru.

Dan pada masa yang sama,

Aku sedih juga kerana,
tiada lagi perasaan dan tawa gembira yang betul-betul serupa seperti dulu yang mana aku langsung tak rasa sepi dan perit hidup itu.

Aku terlalu inginkan perasaan itu,
walau sibuk menelaah, masih sempat bergurau senda.
walau sibuk membaca, masih mampu ketawa besar.

Kalau engkau katakan engkau berjalan seorang,
jangan risau, jangan sedih kerana kami juga begitu.

Memang benar, tempat lama takkan sama dengan tempat baru.
Kadangkala, kita perlu belajar untuk tidak membandingkan,
kerana perbandingan buat kita lagi sayu sepi.

Aku cuba belajar untuk membuat tiada bandingan,
sebab lagi aku bandingkan, lagi tinggi expectation aku terhadap dunia baru ini.
dan lagi runtuh semangat aku untuk mengenali warga baru.




Fathia Azalin,
Seramai mana wajah baru yang bakal aku kenal,
takkan aku lupa wajah lama yang lebih berharga.

2 comments:

  1. ye betul, bagi saya sekarang, memang susah nak gelak ketawa mcm dulu sbb suasana lain dan kita lebih matang dari dulu. kita sdg menuju ke arah yg berlainan.

    ReplyDelete
  2. memang pun. agaknya lah kan. tapi kadang-kadang benda ni semua yg buat kita lebih appreciate kenangan n moments dulu :)

    ReplyDelete