terasa melankolik sebentar bila terbaca entri rakan-rakan, mereka yang sekarang sedang sibuk dengan persediaan untuk temuduga, persediaan untuk menghadapi dunia universiti. bukan kecewa, cuma terasa janggal.
hari ke hari, makin jauh kita dari satu sama lain. jangan di kata bersua muka, di alam maya pun ada yang jarang menegur.
maka, tunggu sahaja beberapa bulan, pasti ada yang terlupa akan nama mahupun raut wajah sekalian yang pernah suatu ketika bermain hujan bersama, menatap buku pada baris ayat yang sama, duduk bersebelahan menjawab soalan ujian dan saling membalas senyuman setiap kali terselisih dalam perjalan ke kantin.
dan ketika ini, sayu terus terasa. jangan disuarakan ketidak adilan dunia ini. bukan sudah dikhabarkan awal-awal yang datang pasti pergi, yang erat pasti terlerai.
ya. jangan tangisi.
Dia maha adil yang takkan biarkan hambanya terus berduka ditinggalkan mereka yang sibuk menuju haluan masing-masing. kerna itu Dia sentiasa memberikan rakan baru, muka baru yang bersilih ganti, supaya sayu di hati tidak panjang, tidak berkekalan.
masing-masing ada cita-cita, ada harapan, ada wawasan. semuanya sedang asyik dan sibuk menggapai impian itu. aku juga begitu. semua pun begitu. memang dah tersurat dunia berputar begitu. maka, jangan dilafazkan kata rungutan dan keluhan.
kalau ada hari, ada masa, ada jodoh, pasti akan terjumpa juga. InsyaAllah ketika itu, dengan segulung ijazah di tangan dan beban kerja yang lumayan dipikul.
insya-Allah aku x.
ReplyDeletex ape? x lupa ke x igt? haha
ReplyDelete