Dunia apa yang aku sedang tinggalkan kesan kaki?
Adakah dunia yang aku harapkan boleh membawa ke mana sahaja arah tuju yang aku hajati?
Atau sekadar dunia yang seperti permainan video game semata?
Yang bila aku terperosok ke tanah dua tiga kali terus terpampang perkataan game over?
Atau adakah aku seorang sahaja yang rasa begini?
Mungkin yang terakhir itu benar.
Ya, mungkin aku sahaja.
Itu terus membawa aku ke sejuta makna tersirat. Rupanya aku yang belum mengerti tindak tanduk pergerakan dunia. Aku sebenarnya jahil dalam merentasi perolakan badai gelombang dunia sekarang. Kerana aku yang disangkakan sasa pada luaran hanyalah bayangan imaginasi mata yang menipu orang ramai, yang mana pada realitinya, aku seperti plastik ronyok yang bergolak terbang mengikut arah angin tiup. Aku rapuh seperti besi buruk yang berkarat dimamah asidnya dunia.
Siapa sangka aku adalah begitu? Begitu yang mana engkau jeling pun boleh terus tunduk membongkok?
Dimana perginya diri solid aku? Atau sememangnya tak pernah wujud pun dalam muka bumi ini?
Mengapa dunia seolah memandang aku sebelah mata sahaja? Terlalu jijik ke aku dipersembahkan di khalayak?
Berapa kurun lagi perlu aku halimunankan diri? Atau terus abadikan sahaja dalam kisah dongeng minda?
Kenapa sepertinya aku berada dalam sangkar harimau yang mengagumkan? Yang mana aku hanyalah semut yang merangkak menghisap sisa baki basi?
Sudah dengan seribu persoalan yang aku buak-buakkan ke entri otak kamu. Terlalu berat bukan untuk difikirkan dengan sekilas pandangan.
Maka, marilah.
Mari duduk setentang dengan aku, di meja yang hanya penuh dengan bayangan visi misi hidup.
Dan marilah terus membuka dada luas-luas agar fikiran mu juga tak terpesong akibat ceteknya pemikiran yang sudah lama terbina. Dalamkan pemikiran mu agar segala perdebatan berjalan lancar.
Dan setelah semuanya siap sedia, definisikan segala soalan yang dikemukakan dengan hujah cerdik pandai yang mampu diproses sel otak mu.
Dan pada saat itu lah, secara tidak semenanya, jawapan bagi segala persoalan dunia itu terus terbayang dalam kotak pemikiran engkau tanpa perlu kau kerah pun.
Maka, tekadkan lah apa yang terpacak pada deria pemikiran dan terus pandang tepat seratus ela ke hadapan dan sangkalkan segala remeh-temeh dunia itu dengan aksi lincah baru.
Kurang mengerti?
Ayat aku tak menepati piawaian pendidikan Bahasa Melayu asli?
Aku rasa aku sudah cakap sehabis simple.
Tidak mengapa,
Bagi yang masih terkebil-kebil separa bingung.
Apa yang hanya aku mahu katakan adalah ;
Semangat Itu Penting dan Positif Itu Perlu.
No comments:
Post a Comment