20110302

maaf,

kepada mata-mata yang selalu menyelinap ke blog ini, aku minta maaf seribu juta kali. banyak perkara menimpa-nimpa aku sepanjang februari 2011. berbagai-bagai ekspresi muncul dan emosi aku pun tak tentu hala jadinya.

dan oleh kerana kita sedang pada awal bulan yang baru, aku pun mahu mulakan semula semuanya dan tinggalkan segala yang lesu jauh-jauh. biar bulan baru aku dengan semangat baru. lebih cantik begitu, kan?


*senyum*


dan beberapa entri yang telah aku terlepas kata sebelumnya, telah aku simpan di ruang draf. biarlah berhabuk di folder draf daripada bersinar di blog tetapi ditanggung dosa pula nanti.


dengan nada sedikit teruja, aku kembalikan blog suarakopihitam untuk tontonan umum semula.


*gelak kecil*

sekarang, pasang balik mata kalian dan terus menyelinap dengan aman ke blog aku ini. aku alu-alu kan dengan senyuman separa sengih.

No comments:

Post a Comment