bukan dengan kertas berharga bertandatangan gabenor
tetapi dengan senarai ber'bold' dan ber'font' besar
senarai nama manusia yang bergelar sahabat
aku bimbit setiap masa tanpa leka
kerana walaupun aku tahu mereka bakal melupakan aku
tetapi kau boleh pandang tembus biji mata aku
dan nampak lima jari ini melebarkan rangkanya
sambil melihat bibir ini terkumat-kamit menyebut
"Sumpah, aku sayang dan takkan melepaskan genggaman ini, wahai sahabat semasa."
No comments:
Post a Comment