20110120

hati besi

pernah fikir tak ataupun pernah anda alami sendiri,
perasaan sakit dan benci bila break-up atau bercerai.

dan anda perasan tak yang kemudiannya anda kecewa,
anda rasa seksa dan sukar bernafas untuk hidup.

dan anda dapat mengimbas kembali tak,
betapa anda berusaha untuk terus tersenyum.

dan anda sedar tak apabila semuanya kembali tenang,
hati terus mencari-cari pengganti yang lain.

*ketawa kecil*

mesti anda tersenyum tatkala membacanya, kan?

dan anda tahu apa jawapan bagi segala soalan itu,
aku sudah nyatakan pada permulaan kata aku.

mudah,
dua patah perkataan,
empat suku kata,
dan lapan huruf.

*melihat tangan anda menggapai-gapai tetikus dan memutarkan bebolanya, aku tunduk tersenyum*

jika anda tahu jawapannya,
tahniah, selamat mencuba mencari pengganti baru.

jika anda masih terkapai-kapai dan bingung,
maaf, anda perlu pandang ke cermin dan berhenti menangis.

dan bagi aku,
aku rasa aku baru memilikinya.
dan aku bersyukur kerana kepanasan itu sudah mula untuk terkondensasi.

No comments:

Post a Comment