20100917
sel darah karat
roh berjasad ini tidak tahu mahu buat apa lagi kerana walaupun bercurahan kemaafan dipinta dan telah dileraikan namun semuanya masih belum berakhir kerana setiap kali lerekan mata menusuk ke wajah si ayu berperangai kampung dan hati ini terasa seperti dirobek dicucuk dengan jarum bagaikan patung vodoo jadinya akibat perasaan sakit yang melelahkan diri dan menyesakkan nafas bak memakai jantung besi yang tiada fungsinya kerana akhirnya besi tersebut menjadi karat dan terhakis sedikit demi sedikit berderai ke dalam sel darah dan mengakibatkan perasaan terkaku membisu seperti kancing gigi yang diakibatkan oleh karat yang durjana namun itu sepatutnya tidak berlaku kerana si terbeliak sudah menaburkan kata-kata manis dan akur janji yang pada raut wajahnya memang ikhlas dan jujur tetapi masih disyaki dan was-was oleh roh berjasad kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali akibat derita dan kesakitan yang tidak tertanggung dek badan dan ini merisaukan si roh berjasad kerana cabaran besar hidup akan tiba tidak lama lagi dan tidak mahu masalah bodoh ini menganggu konsentrasi ataupun menjadikan hidupnya huru-hara walaupun sejenak kerana ia menghilangkan memori berharga di dalam otak sebesar dua buku tumbukan dan harap ini semua berakhir cepat wahai pencipta alam kerana ketidaksanggupan hati untuk terus ditusuk dengan jarum dan dibelai seperti patung vodoo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment