20100916

muntah pertama

oleh seorang roh berjasad di pondok putih Amerika Syarikat.

Seorang diri menari bawah sinaran bulan purnama tanpa peneman berroh namun tiada ketakutan mahupun kegetaran dalam jiwa akibat perasaan sentiasa terpisah dari dunia yang riuh-rendah dan hingar-bingar kerana roh-roh berjasad enggan mengakui kehadirannya di planet bumi tanpa sebab yang munasabah bahkan hanya sebab wajah dan rupa serta luarannya yang berbeda dari yang lain namun menjadi sebegini ataupun tidak dilayan tidak langsung memilukan hati kerana sudah lama dia berhajat untuk menjadi halimunan dan kini dirinya sudah pun dilayan begitu tanpa disuruh mahupun diarahkan dan ini kemungkinan besar juga akibat mulutnya yang susah mengeluarkan emas berbunyi yang takut menjadi miskin dengan kata-kata sekiranya harta bernilai itu diluah-luahkan begitu sahaja tetapi sesungguhnya manusia itu sangat pelik dan susah difahami kerana mahu keseorangan setiap detik dia bernafas dan berdegup jantung tanpa diganggu oleh mana-mana roh berjasad yang mempunyai tidak terkira banyaknya harta bernilai di dalam mulut sehingga mereka tahu yang ia tidak akan langsung kehabisan ataupun kekeringan bila-bila.



*i stumbled upon my book & found this. i forgot to write the date when writing this thing. sorry. but as i remember, i wrote this muntah thingy at night, behind form 4's block.alone.*

No comments:

Post a Comment